fb fb fb fb fb

Israel serang Hospital Kamal Adwan, bekalan perubatan musnah

Foto AFP

NEW YORK, 31 Oktober– Bekalan perubatan yang dihantar ke Hospital Kamal Adwan di utara Gaza baru-baru ini telah musnah sepenuhnya akibat serangan udara Israel, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Stéphane Dujarric.

Memetik laporan agensi berita Palestin (WAFA), Dujarric menyatakan bahawa sekatan Israel di utara Gaza masih berterusan.

"Pasukan mencari dan menyelamat bersama kakitangan perubatan tidak dapat menjalankan tugas disebabkan serangan ke atas hospital.

"Pasukan perubatan di hospital tetap berusaha untuk meneruskan operasi walaupun terdapat pengeboman berterusan oleh Israel," lapor WAFA.

Terdahulu, Israel menyerang Hospital Kamal Adwan, menyebabkan kerosakan yang ketara dan mencederakan empat petugas perubatan.

Sumber perubatan melaporkan bahawa serangan itu menyasarkan bangunan yang mengandungi bekalan perubatan.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM