GAZA, 31 Oktober- Angka korban rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza mencecah 43,163 orang, setakat semalam.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, serangan itu turut menyebabkan 101,510 orang lagi mengalami kecederaan.
"Dalam tempoh 24 jam lalu, serangan Israel di Gaza telah membunuh 102 orang dan mencederakan 287 yang lain," menurut kenyataan itu.
Media Palestin melaporkan bahawa tentera Israel melakukan semula sekatan ke atas Gaza utara, baru-baru ini.
Majlis perbandaran Beit Lahia semalam mengisytiharkan bandar di Gaza utara itu sebagai kawasan 'bencana' akibat serangan berterusan Israel.
Selasa lalu, serangan udara Israel ke atas sebuah bangunan di bandar itu mengorbankan lebih 110 orang dan mencederakan puluhan lainnya.
Tentera Israel terus menyerang Beit Lahia dan bandar Gaza.
Kem pelarian Jabalia di Gaza utara dan kem pelarian Al-Maghazi di Gaza tengah turut diserang pada hari sama. - REUTERS