fb fb fb fb fb

Israel lepaskan tembakan ke arah pantai Rafah

Foto WAFA

GAZA, 18 Februari- Sebilangan rakyat Palestin disahkan terbunuh manakala yang lain cedera akibat serangan udara yang menyasarkan beberapa kawasan perumahan di tengah Gaza, terutama di bandar Deir el-Balah.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), sumber perubatan berkata beberapa orang awam termasuk wanita terbunuh akibat pengeboman Israel ke atas sebuah pangsapuri di bandar itu.

Pesawat Israel juga melakukan serangan udara ke atas kem pelarian Nusseirat sehingga menyebabkan ramai yang mengalami kecederaan.

Sementara itu, tentera Israel menyasarkan kediaman milik keluarga Hamad di bandar berhampiran Al-Zawayda sehingga mengakibatkan kematian tiga warga Palestin dan mencederakan beberapa yang lain.

Di samping itu, kapal tentera laut Israel melepaskan tembakan ke arah pantai Rafah, yang terletak di selatan Gaza, manakala artileri Israel menyasarkan kawasan timur bandar itu.

Pencerobohan Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu telah meragut 28,858 nyawa manakala 68,677 yang lain cedera, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Artikel Berkaitan:
AS ancam sekat undi baharu Majlis Keselamatan PBB di Gaza
Israel lancar serangan udara di seluruh Gaza, lakukan penangkapan di hospital
Rakyat Argentina kecam pencerobohan Israel di Gaza

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM