fb fb fb fb fb

Inter tewaskan Udinese, kekal dua mata di belakang Milan

MILAN, 2 Mei - Juara bertahan, Inter Milan menewaskan Udinese 2-1 pada Ahad untuk kekal dua mata di belakang pendahulu Serie A Itali, AC Milan.

Ivan Perisic dan Lautaro Martinez memastikan Inter bangkit daripada kekalahan di Bologna pada Rabu lepas dan kekal di belakang Milan yang mengatasi Fiorentina 1-0 hasil jaringan Rafael Leao, sembilan minit sebelum wisel penamat.

(Lautaro Martinez dan pemain tengah Inter Milan dari Croatia Ivan Perisic meraikan kejayaan selepas memenangi perlawanan bola sepak Serie A Itali antara Udinese dan Inter Milan di stadium Friuli di Udine pada 1 Mei 2022/AFP)

Berdasarkan rekod satu menang dan satu seri menentang Inter musim ini, Milan memerlukan hanya tujuh mata daripada tiga perlawanan terakhir untuk merampas Scudetto daripada Inter.

"Tidak, kami hanya perlu melakukan tugas kami. Sekarang kami perlu beralih kepada perlawanan seterusnya dan menang," kata Martinez selepas ditanya sama ada Inter merasai tekanan.

"Kami semua di sini untuk objektif yang sama. Kami perlu memenangi perlawanan kami dan berharap mereka kehilangan mata."-AFP

Media Baharu