fb fb fb fb fb

Inflasi, isu paling membimbangkan rakyat Filipina - Laporan

Foto hiasan/BERNAMA

MANILA, 8 Januari- Inflasi kini menjadi isu paling membimbangkan kepada rakyat Filipina, menurut Agensi Berita Xinhua memetik kaji selidik yang dikeluarkan pada Isnin.

Menurut kajian dijalankan Pulse Asia Research Inc. pada Disember tahun lepas, sebanyak 72 peratus daripada 1,200 responden menyatakan inflasi merupakan isu paling mendesak dan kerajaan perlu bertindak segera bagi menangani masalah itu.

Selain itu, isu kenaikkan gaji pekerja menjadi isu kedua yang mencetuskan kebimbangan diikuti masalah peluang pekerjaan, mengurangkan kemiskinan serta memerangi rasuah.

Sebanyak 16 isu yang dikemukakan kepada responden.

Pada Januari 2023 kadar inflasi ialah sebanyak 8.7 peratus berbanding 3.9 peratus pada Disember.

Inflasi untuk tahun 2023 berada pada enam peratus - lebih tinggi daripada kadar inflasi 2022 sebanyak 5.8 peratus.

Data terkini dari Philippine Statistics Authority menunjukkan bahawa inflasi bagi kebanyakan kumpulan komoditi sedikit menurun atau kekal pada kadar Disember 2023.

"Inflasi dalam proses pemulihan," kata Setiausaha Kewangan Benjamin Diokno dalam satu kenyataan pada Isnin.- BERNAMA-XINHUA

ROSLINA BINTI DIN