fb fb fb fb fb

Hizbullah tingkatkan serangan ke Israel

Foto: Serangan Israel terhadap Lubnan/AFP

BEIRUT, 24 April- Kumpulan Hizbullah melancarkan serangan roket ke utara Israel sebagai tindak balas terhadap kematian orang awam.

Menurut Hizbullah, pihaknya melepaskan puluhan roket Katyusha ke sebuah perkampungan di utara Israel.

"Ia sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan musuh (Israel) ke atas rumah orang awam,"menurut kenyataan itu.

Serangan Israel semalam ke atas sebuah rumah di perkampungan selatan Hanin telah membunuh dua orang awam.

Kumpulan berkenaan dilihat meningkatkan tembakan roketnya ke atas pangkalan tentera Israel sejak akhir-akhir ini.

Konflik antara kumpulan itu dengan Israel sejak 7 Oktober lalu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 380 orang terbunuh di Lubnan, majoritinya membabitkan ahli kumpulan Hizbullah manakala 72 yang lain adalah orang awam. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM