fb fb fb fb fb

Hassan Nasrallah dikebumikan sementara di lokasi rahsia

Hassan Nasrallah/AFP

BEIRUT, 4 Oktober- Jenazah pemimpin utama Hezbollah Hassan Nasrallah dilapor telah dikebumikan sementara di sebuah lokasi rahsia berikutan kebimbangan bahawa Israel mungkin menyasarkan majlis pengebumian tersebut.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber yang rapat dengan Hezbollah hari ini.

"Hassan Nasrallah telah dikebumikan sementara sehingga keadaan mengizinkan untuk mengadakan pengebumian umum," kata sumber tersebut selepas pemimpin itu terbunuh dalam serangan Israel minggu lalu.

Pada 27 September lepas, Hezbollah mengesahkan kematian Hassan dalam serangan Israel di selatan sini.

Susulan kejadian itu, Iran melancarkan beratus-ratus peluru berpandu balistik ke arah Israel pada Selasa sebagai tindak balas.

Ketua Angkatan Iran Mejar Jeneral Mohammad Bagheri turut mengancam untuk mengulangi serangan terhadap Israel dan menyasarkan infrastruktur rejim berkenaan. Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) juga memberi amaran agar Israel tidak bertindak balas atau berdepan serangan lebih hebat. -AFP

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA