BEIRUT, 3 Oktober - Menantu lelaki kepada pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah, antara dua warga Lubnan yang maut dalam serangan udara Israel di Damsyik.
Hassan Jafar Qasir terkorban selepas rejim zionis membedil sebuah unit apartmen di daerah Mazze pada Rabu.
Kematian mereka disahkan Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria serta sumber rapat Hizbullah.
Dalam kejadian itu, empat orang turut dilaporkan cedera.
Identiti mereka belum dikenal pasti.
Serangan tersebut menyasarkan bangunan tiga tingkat yang didiami para pemimpin Hizbullah dan Kor Pengawal Revolusi Iran.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Syria turut mengesahkan tiga orang awam maut, tiga lagi cedera. -AFP-