fb fb fb fb fb

Gesa wujud zon keselamatan sekitar loji nuklear Zaporizhzhia - IAEA

(Ketua IAEA, Rafael Grossi bercakap kepada pemberita selepas lawatannya ke loji kuasa
nuklear Zaporizhzhia yang dikuasai Rusia di selatan Ukraine pada 1 September 2022/AFP)

KIEV, 7 September- Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menggesa zon keselamatan diwujudkan di sekitar kawasan loji nuklear Zaporizhzhia di selatan Ukraine.

Dalam laporannya selepas menghantar pasukan pemeriksa ke loji berkenaan, minggu lalu, IAEA memaklumkan terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan zon tersebut.

Ia bagi mencegah bencana nuklear akibat serangan berterusan tentera di kawasan berkenaan.

IAEA turut mengesyorkan agar serangan di loji itu dan kawasan sekitar dihentikan segera, bagi mengelak kerosakan yang lebih teruk terhadap kemudahan atom terbesar Eropah itu.

"Terdapat keperluan mendesak mencegah kemalangan nuklear yang timbul daripada kerosakan fizikal disebabkan oleh cara ketenteraan.

"Ini boleh dicapai dengan penubuhan segera zon keselamatan dan keselamatan nuklear.

"IAEA mengesyorkan agar serangan tembakan di tapak dan kawasan sekitarnya dihentikan serta-merta untuk mengelak sebarang kerosakan kepada loji dan kemudahan berkaitan," katanya dalam laporan itu.

(Stesen janakuasa nuklear Zaporizhzhia/Foto fail AFP)

Tentera Rusia yang mengambil alih kawalan loji berkenaan awal Mac lalu dan tentera Ukraine, saling menuduh melancarkan serangan.

Dalam tempoh 24 jam lalu, 15 serangan dilancarkan di loji berkenaan dan bandar berhampiran, Energodar.-AFP

Berita berkaitan
Pasukan IAEA teruskan lawatan ke loji nuklear Zaporizhzhia
Lawatan ke loji nuklear Zaporizhzhia, Ketua IAEA zahir kebimbangan


Media Baharu