fb fb fb fb fb

Penduduk bantah serbuan berdarah polis di Rio de Janeiro

FOTO REUTERS

RIO DE JANEIRO, 6 November - Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Zon Selatan Rio de Janeiro pada Rabu bagi membantah operasi berdarah polis di kawasan setinggan Penha dan Alemao yang mengorbankan sekurang-kurangnya 121 orang.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh gerakan sosial, kesatuan sekerja dan ahli parlimen tempatan itu berarak menuju ke Palacio Guanabara, kediaman rasmi Gabenor Rio, Claudio Castro.

Protes berkenaan tercetus susulan kemarahan awam yang semakin meningkat terhadap keganasan polis di kawasan setinggan bandar itu. Aktivis hak asasi menggambarkan operasi terbaharu itu sebagai yang paling dahsyat dalam sejarah Rio de Janeiro.

Tindakan tersebut turut mencetuskan desakan agar kerajaan negeri menyemak semula pendekatan keselamatan awam serta taktik digunakan oleh polis tentera negeri berkenaan.

Para penunjuk perasaan menuntut pihak berkuasa tempatan untuk bertanggungjawab dan menggesa supaya operasi ketenteraan ke atas komuniti setinggan dihentikan segera.- REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE