fb fb fb fb fb

Ikrar bertindak balas, Korea Utara kecam sekatan baharu AS

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un / REUTERS

PYONGYANG, 6 November - Korea Utara mengecam pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, kerana mengenakan sekatan baharu yang disifatkan sebagai tindakan bermusuhan, sambil berikrar akan bertindak balas secara setimpal, lapor media rasmi negara itu, KCNA.

Pada Selasa lalu, Jabatan Perbendaharaan AS mengenakan sekatan terhadap lapan individu dan dua entiti yang didakwa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram berkaitan siber, bagi mengekang sumber pembiayaan program senjata Korea Utara.

“Selagi pentadbiran AS kekal dengan pendirian untuk memusuhi kami hingga ke penghujung, kami juga akan bersabar dan memberi tindak balas sewajarnya,” menurut laporan KCNA.

Dalam pada itu, Agensi Perisikan Korea Selatan memaklumkan terdapat kemungkinan tinggi rundingan peringkat tertinggi antara Korea Utara dan Amerika Syarikat akan diadakan awal tahun depan.

Trump sebelum ini beberapa kali menyatakan kesediaan untuk bertemu pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, semasa lawatan beliau ke Asia bulan lalu, dan masih membuka ruang untuk pertemuan baharu di masa akan datang.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE