fb fb fb fb fb

SpaceX lancar 29 satelit Starlink guna roket Falcon 9

FOTO AFP

FLORIDA, 6 November - Syarikat aeroangkasa SpaceX berjaya melancarkan satu lagi kumpulan satelit Starlink ke orbit pada Rabu, menggunakan roket Falcon 9 dari Cape Canaveral Space Force Station di Florida.

Menurut SpaceX, sebanyak 29 satelit dilancarkan dalam misi terbaharu itu.

Pelancaran kali ini turut menggunakan penggalak peringkat pertama roket berkenaan, sekali gus membuktikan keupayaan teknologi roket boleh guna semula yang dibangunkan oleh SpaceX.

Beberapa minit selepas berlepas, bahagian pertama roket Falcon 9 itu berjaya kembali ke bumi dan mendarat dengan selamat di Lautan Atlantik.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE