fb fb fb fb fb

Bangladesh, India tandatangan tujuh MoU

NEW DELHI, 7 September- Bangladesh dan India telah menandatangani tujuh memorandum persefahaman (MOU) untuk mengukuhkan kerjasama dua hala semasa Perdana Menteri, Sheikh Hasina mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi di New Delhi.

Perdana Menteri Bangladesh itu tiba di India pada Isnin bagi lawatan rasmi empat hari.

MOU itu meliputi bidang seperti air sungai, pengangkutan rel, latihan kehakiman, penyiaran dan kerjasama saintifik, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar India.

Dalam sidang media bersama, Modi memaklumkan kedua-dua negara juga bersedia meningkatkan kerjasama dalam sektor seperti teknologi maklumat, angkasa dan tenaga nuklear yang menarik minat genarasi muda.

Hasina dan Modi turut melancarkan projek melibatkan sektor kereta api dan tenaga, termasuk Projek Tenaga Terma Maitree yang menggunakan arang batu.

India menyediakan AS$1.6 bilion di bawah skim pembiayaan konsesi untuk projek kuasa bernilai AS$2 bilion yang bakal mempunyai dua unit 660 MW setiap satu di Rampal di kawasan Khulna, Bangladesh.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu