MINSK, 6 November - Kebakaran di loji penapisan minyak Naftan di Belarus, salah satu daripada dua loji penapisan terbesar negara itu, berjaya dipadam tanpa sebarang kecederaan dilaporkan, menurut Kementerian Kecemasan Belarus pada Khamis.
Agensi berita rasmi negara itu, Belta, melaporkan kebakaran berkenaan berpunca daripada insiden melibatkan bahan api diesel di sebuah unit teknologi di kompleks berkenaan.
Loji penapisan minyak Naftan yang terletak di Novopolotsk, utara Belarus, mempunyai keupayaan memproses lebih 200,000 tong minyak sehari, menjadikannya antara kemudahan tenaga utama negara tersebut.-REUTERS