LONDON, 6 November - Polis Metropolitan London (Met) mengesahkan seorang pesalah seks telah tersilap dibebaskan pada 29 Oktober lalu, hanya lima hari selepas kejadian pembebasan salah seorang banduan lain.
Menurut laporan Sky News, pihak Met dimaklumkan oleh Perkhidmatan Penjara Britain sekitar pukul 1 petang waktu tempatan pada Selasa bahawa seorang banduan telah dibebaskan secara tidak sengaja dari Penjara HM Wandsworth.
Lelaki berusia 24 tahun itu kemudian dikenal pasti oleh pihak polis. Dia sebelum ini menjalani hukuman atas kesalahan menceroboh dengan niat mencuri, namun mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan seksual.
Insiden tersebut berlaku hanya dua hari selepas Timbalan Perdana Menteri merangkap Setiausaha Kehakiman Britain, David Lammy, mengumumkan pelaksanaan semakan lebih ketat terhadap proses pembebasan banduan.
Operasi besar-besaran kini sedang dijalankan bagi mengesan banduan berkenaan.-REUTERS