UNSC kutuk tindakan Israel bunuh anggota UNIFIL Indonesia

Persidangan UNSC yang dihadiri (foto kecil, dari kiri) Wakil Rusia, Vasily Nebenzy, Wakil  Indonesia, Umar Hadi dan Wakil Lubnan, Ahmad Arafa serta perwakilan negara-negara lain/ Viory

New York, 1 April- Indonesia menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) mengambil tindakan segera terhadap Israel susulan pembunuhan tiga anggota tentera Indonesia yang bertugas sebagai Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) di selatan Lubnan pada 29 Mac lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Indonesia mendesak UNSC ambil tindakan segera terhadap Israel selepas pembunuhan tiga anggota UNIFIL Indonesia.
  • Indonesia menuntut pemulangan jenazah segera, selamat dan bermaruah serta rawatan perubatan terbaik untuk lima yang cedera.
  • Wakil Lubnan: serangan terhadap anggota pengaman adalah serangan terhadap UNSC; kecam dan ambil langkah untuk hentikan pencerobohan Israel.
  • Sejak 2 Mac, operasi Israel di Lubnan mengakibatkan 1,268 kematian dan 3,750 kecederaan.

“Kami tidak boleh menerima pembunuhan anggota pengaman ini,” kata Wakil Tetap Indonesia ke PBB, Umar Hadi.

Beliau menegaskan agar pihak berkuasa memastikan “pemulangan jenazah secara segera, selamat dan bermaruah” bagi ketiga-tiga anggota yang terkorban serta rawatan perubatan terbaik bagi lima lagi yang cedera.

Sementara itu, Wakil Lubnan, Ahmad Arafa menegaskan, “Serangan terhadap anggota pengaman adalah serangan terhadap UNSC.”

Beliau juga menegaskan rakyat Lubnan terperangkap dalam perang yang bukan kepentingan mereka dan menyeru UNSC mengambil langkah perlu bagi memaksa Israel menghentikan pencerobohan dan ancaman terhadap kedaulatan Lubnan.

Sementara itu, Wakil Tetap Rusia ke PBB, Vasily Nebenzya mengutuk Israel melakukan yang “serangan bersasar” terhadap kru saluran berita, Russia Today di Lubnan pada 19 Mac.

Beliau menyifatkan tindakan Israel sebagai pencerobohan agresif untuk meluaskan “zon penampan” di selatan Lubnan dan menekankan agar Israel “menghentikan provokasi serta menarik balik semua tentera dari wilayah yang diduduki.”

Sejak 2 Mac, operasi darat dan udara Israel di Lubnan telah mengorbankan 1,268 orang dan mencederakan 3,750 lagi. -Viory