GAZA, 6 November - Tiga lagi mayat dan dua mangsa cedera dibawa ke hospital di Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 241 orang dan 609 cedera sejak perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa pada 10 Oktober, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Rabu.
Mereka turut memaklumkan sebanyak 513 mayat telah ditemui dari runtuhan sejak gencatan senjata itu bermula.
Secara keseluruhan, perang Israel di Gaza, wilayah yang menempatkan kira-kira dua juta penduduk telah meragut 68,875 nyawa, manakala 170,679 lagi cedera Oktober 2023.
Rabu lalu, pihak berkuasa kesihatan Gaza turut memaklumkan mereka telah menerima 15 lagi mayat rakyat Palestin yang dipulangkan oleh Israel melalui Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dipulangkan kepada 285 sejak gencatan senjata dikuatkuasakan.
Pasukan perubatan setakat ini telah berjaya mengenal pasti 84 daripada jumlah berkenaan.-REUTERS