fb fb fb fb fb

Jepun belanja RM54 juta bagi pengebumian Shinzo Abe September ini

FOTO REUTERS

TOKYO, 7 September- Jepun akan membelanjakan kira-kira 1.65 bilion yen atau RM54 juta untuk pengebumian bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Anggaran itu termasuk kos keselamatan dan penerimaan tetamu.

Kerajaan tempatan pada akhir Ogos lalu meluluskan bajet sebanyak 250 juta yen sahaja.

Namun ia berdepan kritikan dan dianggap sebagai angka tidak realistik yang mengecualikan perbelanjaan untuk keselamatan dan penganjuran VIP.

Kerajaan kini menganggarkan yuran keselamatan untuk pengebumian akan mencecah kira-kira 800 juta yen manakala sebagai tuan rumah delegasi asing akan menelan belanja kira-kira 600 juta yen.

Kira-kira 60,000 tetamu dijangka menghadiri majlis itu yang akan diadakan pada 27 September di Dewan Nippon Budokan Tokyo.


(FOTO REUTERS)

Media Baharu