GAZA, 6 November – Kehidupan harian penduduk Gaza kini semakin sukar apabila mereka terpaksa menempuh jalan-jalan yang rosak dan kekurangan kenderaan yang masih berfungsi.
Ia susulan dua tahun serangan udara Israel yang meranapkan sebahagian besar wilayah itu.
Penduduk Palestin, Zakaria Albashir berkata, beliau terpaksa menunggu lebih satu jam untuk mendapatkan pengangkutan ke Gaza City.
“Sebelum perang, kami boleh pergi ke Gaza dan balik hanya dengan 7 shekel (kira-kira 2 dolar). Sekarang saya menunggu berjam-jam, dan jalan rosak menyebabkan badan saya sakit,” katanya.
Di seluruh Gaza, penumpang kini terpaksa duduk bersesak dalam gerabak yang diikat pada kereta rosak sebagai satu penyelesaian sementara, apabila pilihan pengangkutan semakin terhad.
Di tepi jalan menyaksikan keluarga dan pekerja berdiri menunggu dengan harapan mendapat kenderaan.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, kawasan luas di wilayah itu telah bertukar menjadi padang jarak akibat serangan Israel selama dua tahun yang telah meragut kira-kira 68,000 nyawa. - REUTERS