fb fb fb fb fb

Tujuh terperangkap, struktur loji runtuh

Foto AFP

ULSAN, 6 November - Sekurang-kurangnya tujuh orang terperangkap selepas sebahagian struktur loji janakuasa runtuh di bandar Ulsan, pesisir timur Korea Selatan, pada Khamis.

Menurut Agensi Bomba Negara, kejadian berlaku sekitar pukul 2 petang waktu tempatan di ibu pejabat Korea East-West Power, ketika kerja-kerja persiapan untuk merobohkan loji janakuasa terma yang sudah tidak beroperasi.

Sementara itu, pihak berkuasa berkata, dua individu telah berjaya diselamatkan, manakala sekurang-kurangnya tujuh lagi dipercayai masih terperangkap dan belum dijumpai.

Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.

Perdana Menterinya, Kim Min-seok mengarahkan, semua kementerian untuk menggerakkan semua kakitangan dan peralatan yang ada, dengan keutamaan tertinggi kepada usaha menyelamat mangsa yang terperangkap.

Penduduk sekitar juga sedang dipindahkan dari kawasan berisiko.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa, tetapi laporan awal menyatakan ia berlaku semasa persiapan untuk merobohkan loji janakuasa tersebut. - AFP

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN