fb fb fb fb fb

New Zealand catat kes kelima cacar monyet

(FOTO AFP)

WELLINGTON, 7 September- Kes kelima cacar monyet dikesan di New Zealand.

Kementerian Kesihatan mengesahkan kes tersebut dan menyatakan individu terbabit dilaporkan baru pulang dari luar negara .

Kementerian Kesihatan New Zealand menyatakan individu terbabit kini sedang mengasingkan diri di daerah Auckland dan tiada bukti penularan dalam komuniti.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan global bagi cacar monyet pada Julai lalu dan mengesahkan lebih 50,000 kes di seluruh dunia.

WHO meramalkan lebih 27,000 kes cacar monyet di 88 negara menjelang 2 Ogos lalu, meningkat daripada 17,800 kes di hampir 70 negara.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu