fb fb fb fb fb

Vietnam siap sedia hadapi Taufan Kalmaegi

Foto AFP

HANOI, 6 November – Vietnam bersiap sedia menghadapi impak Taufan Kalmaegi, yang dijangka melanda kawasan pantainya, dengan pihak berkuasa mengarahkan pemindahan besar-besaran penduduk dari kawasan berisiko tinggi.

Taufan tersebut sebelum ini telah memusnahkan sebahagian wilayah Filipina, mengakibatkan sekurang-kurangnya 140 kematian.

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos, berkata, Vietnam kini giat menggerakkan pasukan kecemasan dan menyediakan pusat pemindahan untuk mengurangkan risiko kepada penduduk.

“Situasi ini sedang ditangani dengan baik, tetapi masalah utama ialah kekuatan taufan tersebut. Malangnya, kami menjangkakan satu taufan lain yang lebih kuat akan tiba, dan kami juga sedang bersiap sedia menghadapi itu.”

Kenyataan Presiden Marcos menekankan cabaran berterusan yang dihadapi Filipina akibat siri taufan yang melanda negara itu.-AFP

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN