SEOUL, 6 November - Tujuh individu dipercayai terperangkap selepas struktur besar di sebuah loji janakuasa di bandar Ulsan runtuh, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menurut laporan itu, dua mangsa telah berjaya dikeluarkan daripada runtuhan, manakala operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.
Pegawai bomba daerah memaklumkan, jumlah sebenar mangsa yang masih hilang belum dapat disahkan.
Terdahulu, media tempatan termasuk Yonhap melaporkan enam individu dilaporkan hilang dan disyaki terperangkap dalam kejadian berkenaan.
Gambar yang disiarkan media tempatan menunjukkan struktur keluli bersaiz besar itu remuk dan tumbang di kawasan tenggara bandar berkenaan.-REUTERS