KENTUCKY, 6 November - Angka korban nahas pesawat kargo milik UPS yang terhempas dan terbakar ketika berlepas dari lapangan terbang di Louisville meningkat kepada 11 orang dan dijangka mencecah 12.
Perkara itu dikongsi Gabenor Kentucky, Andy Beshear.
Penyiasat keselamatan persekutuan Amerika Syarikat turut mengesahkan penemuan perakam data penerbangan atau black box daripada serpihan pesawat terbabit.
Pesawat itu dilaporkan terbakar sejurus berlepas, menyebabkan beberapa siri kebakaran dan letupan di kawasan perindustrian berhampiran, termasuk sebuah pusat kitar semula petroleum yang turut musnah dalam kejadian itu.-REUTERS