fb fb fb fb fb

Gencatan senjata di Yaman, langkah pertama ke arah perjanjian damai yang lebih luas

(FOTO AFP)

STOCKHOLM, 18 Jun- Gencatan senjata selama dua bulan di Yaman yang telah dilanjutkan adalah langkah pertama ke arah penyelesaian damai yang lebih luas, kata utusan khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Gencatan senjata itu "telah memberikan sedikit kelegaan kepada penduduk. Dari segi sejarah politik, ia belum pernah berlaku dan dari sudut pandangan itu, ia juga memberi kita skop dan ruang bernafas untuk terlibat dalam penyelesaian politik", kata diplomat Sweden, Hans Grundberg dalam temu bual dengan agensi berita AFP.

"Gencatan senjata adalah langkah pertama ke arah penyelesaian yang lebih luas," katanya di luar Forum Antarabangsa Yaman di sini, satu persidangan yang dihadiri tokoh-tokoh politik Yaman, pakar dan wakil pelbagai organisasi masyarakat sivil.

(Gencatan senjata di Yaman, langkah pertama ke arah perjanjian damai yang lebih luas/AFP)

Awal bulan ini, kerajaan Yaman dan pemberontak Huthi bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata yang mula berkuat kuasa pada April dan dengan ketara mengurangkan intensiti pertempuran dalam konflik yang menurut PBB telah mencetuskan krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

Konflik itu telah meragut ratusan ribu nyawa dan mengheret berjuta-juta penduduk ke ambang kebuluran. -AFP

Media Baharu