BEIRUT, 13 Ogos- Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud melanda tengah Syria malam tadi, dengan gegaran turut dirasai negara jiran Lubnan.
Agensi Berita Nasional yang dikendalikan kerajaan Lubnan berkata penduduk Beirut dan sekitar kawasan tersebut merasakan gempa bumi ringan yang berlaku pada pukul 11.56 malam itu.
Penduduk bergegas keluar dari rumah mereka dalam keadaan panik, menurut wartawan AFP.
Mereka masih trauma akibat gempa bumi tahun lalu yang memusnahkan banyak bangunan di Turkiye dan Syria sebelum ini.
Februari lalu, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud telah menyebabkan hampir 60,000 orang terkorban di kedua-dua negara terbabit.
Gempa bumi tersebut mengorbankan lebih 1,400 orang di kawasan yang dikuasai kerajaan Syria, manakala lebih 4,500 maut di kawasan yang dikuasai pembangkang di barat laut negara berkenaan. - AFP
BERITA BERKAITAN: