fb fb fb fb fb

Seorang cedera, infrastruktur awam rosak akibat serangan Rusia

Anggota keselamatan Ukraine di wilayah Sumy, berhampiran sempadan Rusia/ REUTERS

KIEV, 13 Ogos- Rusia melancarkan 38 dron serangan dan dua peluru berpandu balistik Iskander-M di Ukraine mencederakan seorang individu, merosakkan talian elektrik dan saluran paip gas pada Selasa.

Bagaimanapun Tentera Udara Ukraine menerusi aplikasi telegram memaklumkan 30 dron dimusnahkan di lapan wilayah itu selain turut menjejaskan bekalan elektrik dan gas bandar Sumy.

Serangan itu turut merosakkan bangunan hospital dan beberapa kereta di wilayah itu, kata pihak berkuasa.

Rusia telah meningkatkan serangannya ke atas wilayah utara Ukraine sejak pencerobohannya ke wilayah Kursk, Rusia.

Gabenor Wilayah Chernihiv, Vyacheslav Chaus berkata, serangan itu menyasarkan infrastruktur awam dan melaporkan tiada kemalangan jiwa di wilayah utara.

Sementara itu pegawai di wilayah tengah Vinnytsia berkata, serangan itu merosakkan bangunan kediaman namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Manakala menurut Gabenor Wilayah Vitaliy Kim serangan berkenaan turut merosakkan sebuah bangunan di wilayah Mykolaiv.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI