fb fb fb fb fb

Gempa bumi: Angka korban di Filipina meningkat sembilan orang

FOTO AFP

MANILA, 20 November- Jumlah korban dalam kejadian gempa bumi kuat 6.7 magnitud di wilayah Mindanao, Filipina pada Jumaat lalu meningkat kepada sembilan orang hari ini.

Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan memberi amaran angka kematian boleh bertambah lagi.

"Sekurang-kurangnya 15 orang cedera dan lebih 800 rumah rosak atau musnah," menurut agensi bencana negara itu.

Angka korban semakin meningkat pada hujung minggu apabila penyelamat menemukan lebih banyak mayat tertimbus di bawah runtuhan bangunan dan tanah.

Gempa bumi adalah aktiviti alam biasa di Filipina, yang terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, yang mencipta seismik yang kuat serta aktiviti gunung berapi dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik. -AFP

ARTIKEL BERKAITAN:
Jumlah korban gempa Filipina meningkat kepada lima

SITI AISHAH BINTI MD ISA