MANILA, 18 November- Angka kematian akibat gempa bumi kuat di selatan Filipina meningkat kepada lima orang ketika pihak berkuasa melaporkan akan lebih banyak korban ditemukan di dua wilayah.
Gempa berukuran 6.7 magnitud melanda wilayah Mindanao petang semalam mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai yang melarikan diri ke jalan raya.
Dalam satu kejadian, serpihan jatuh dari siling sebuah pusat beli-belah di bandar General Santos City telah menghempap seorang wanita hingga mati, manakala 19 lagi menerima rawatan kerana terkejut.
Sepasang suami isteri pula terkorban akibat tersepit di bawah tembok konkrit runtuh di bandar sama dengan kira-kira 30 pelajar dirawat kerana mengalami kesukaran bernafas.
Seorang lagi terbunuh akibat struktur keluli tumbang di bandar Glan, wilayah Sarangani dan seorang lelaki warga emas maut dihempap batu besar yang berguling menuruni bukit berhampiran rumahnya di wilayah Davao Occidental.
Gempa bumi adalah aktiviti alam biasa di Filipina, yang terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, yang mencipta seismik yang kuat serta aktiviti gunung berapi dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik. -AFP