fb fb fb fb fb

12 orang di Hospital Indonesia dibunuh Israel hari ini

Imej satelit Maxar Technologies menunjukkan Hospital Indonesia di Gaza pada 13 November lalu/AFP

GAZA, 20 November- Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat serangan zionis ke atas Hospital Indonesia di utara Gaza, hari ini.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra berkata, mereka yang terkorban itu termasuk pesakit dan penjaganya, manakala puluhan lagi cedera.

"Kira-kira 700 orang masih berada di hospital yang dikepung tentera penjajah," katanya.

Pejuang Hamas menegaskan Israel melancarkan 'perang melawan hospital' sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan Hospital Al-Shifa sebagai 'zon kematian' susulan pencerobohan oleh tentera Israel dan beberapa serangan ke atas kemudahan awam itu. -AFP

ARTIKEL BERKAITAN:
Israel mula sasar serangan sekitar hospital Indonesia di Gaza
Israel bom sekitar Hospital Indonesia di Gaza malam tadi

SITI AISHAH BINTI MD ISA