fb fb fb fb fb

Hujan lebat: Enam maut di selatan Brazil

FOTO AFP

JUALAN ROCA, 20 November- Banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di selatan Brazil telah meragut sekurang-kurangnya enam orang, setakat ini.

Kematian itu dilapor di negeri Rio Grande do Sul dan Santa Catarina dengan melibatkan kerosakan besar.

Naib Gabenor Rio Grande do Sul, Gabriel Souza di X berkata, ribuan orang ketika ini sedang berlindung di gimnasium susulan rumah dinaiki air selepas Sungai Taquari melimpah.

Sementara itu, Gabenor Santa Catarina, Jorginho Mello mengisytiharkan darurat di 64 bandar di negeri itu.

Negeri tersebut dilanda hujan lebat bermula Selasa lalu.

Selatan Brazil berdepan cuaca ekstrem sejak beberapa bulan kebelakangan ini seperti hujan lebat dan taufan pada September lalu yang menyebabkan lebih 50 orang terkorban. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA