fb fb fb fb fb

11 maut kereta api rempuh bas di Jawa Timur

FOTO AFP

JAKARTA, 20 November- Kemalangan melibatkan sebuah kereta api dan sebuah bas mini di daerah Lumajang, wilayah Jawa Timur, Indonesia membunuh sekurang-kurangnya 11 orang dan beberapa lagi cedera dalam kejadian semalam.

Nahas dilapor berlaku ketika bas mini itu melintasi persimpangan kereta api tanpa penghadang sebelum sebuah kereta api merempuh bas berkenaan.

Kereta api tersebut dalam perjalanan menuju ke bandar pelabuhan Surabaya apabila ia melanggar sebuah bas yang membawa kira-kira 12 penumpang, kira-kira pukul 8.00 malam waktu tempatan, lapor stesen televisyen tempatan, Kompas TV.

“Pada masa itu, tiada penghadang. Jadi tiada tanda (amaran) yang boleh memberi maklumat kepada pemandu (bas),” lapor wartawan Kompas TV di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Daerah Lumajang, Indah Wahyuni berkata, 10 maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di pusat kesihatan.

Kereta api berkenaan meneruskan perjalanan selepas rempuhan terbabit. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA