fb fb fb fb fb

'Gaza tempat paling bahaya untuk kanak-kanak' – UNICEF

Kanak-kanak Palestin yang kehilangan tempat tinggal menunggu giliran makanan panas di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza/FOTO AFP

NEW YORK, 24 November - Ketua Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyifatkan Semenanjung Gaza sebagai ‘tempat paling bahaya di dalam dunia untuk kanak-kanak’, meskipun melalui perjanjian gencatan senjata yang sukar antara Israel dan Hamas.

Bagaimanapun perjanjian itu belum cukup untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak di wilayah bergolak itu.

Sejak perang meletus pada 7 Oktober lalu, seramai 5,300 kanak-kanak dilaporkan terbunuh di Gaza iaitu sekitar 40 peratus daripada jumlah keseluruhan nyawa yang terkorban.

“Ini merupakan sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini, saya dihantui dengan apa yang saya lihat dan dengar," kongsinya ketika kunjungannya ke selatan Gaza baru-baru ini.

Rusell berkata bahawa gencatan senjata sementara tidak mencukupi dan menggesa gencatan senjata segera untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai.

Beliau turut menggesa bantuan kemanusiaan segera ke kawasan konflik Gaza.

Jelasnya lagi, penggunaan pelbagai senjata api dalam peperangan ini menyebabkan kanak-kanak di Gaza berada dalam risiko yang ekstrem akibat hidup yang amat daif.

Pada masa sama, Russell mengulangi penegasannya agar petugas-petugas kemanusiaan diberikan jaminan akses keselamatan ke Gaza. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN