fb fb fb fb fb

Eropah menuju penamat penularan COVID-19

FOTO AFP

COPENHAGEN, 24 Januari - Eropah kini semakin menuju penamat penularan varian COVID -19.

Demikian pendapat Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi rantau Eropah, Hans Kluge.

Beliau berpandangan akan adanya tempoh bertenang selama beberapa minggu atau bulan selepas rantau itu mencapai kemuncak penularan.

Omicron dijangka menjangkiti sehingga 60% penduduk Eropah menjelang Mac ini.

Bagaimanapun katanya, masih terlalu awal untuk beralih ke fasa endemik.

Ini memandangkan Omicron yang menular dengan meluas, terdapat kemungkinan varian baharu akan muncul.

Sehubungan itu, keutamaan harus diberikan kepada usaha berterusan untuk menstabilkan sistem kesihatan di Eropah.-AFP

Media Baharu