fb fb fb fb fb

Dua Perdana Menteri di Libya

GAMBAR FAIL AFP

LIBYA, 11 Februari- Krisis politik di Libya tiada kesudahan apabila negara itu kini mempunyai dua Perdana Menteri.

Menurut penganalis, situasi berkenaan dikhuatiri boleh menyebabkan tercetusnya keganasan terbaharu kerana menolak hak rakyat untuk memilih pemimpin.

Selepas beberapa minggu sejak 24 Disember, parlimen di bahagian Timur negara itu pada Khamis telah memilih bekas Menteri Dalam Negeri yang juga bekas juruterbang jet pejuang, Fathi Bashagha menggantikan Perdana Menteri interim, Abdulhamid Dbeibah.

Bagaimanapun Dbeibah, seorang taikun pembinaan yang dilantik tahun lepas atas usaha keamanan yang diketuai PBB, berikrar hanya akan melepaskan jawatannya melalui pilihan raya.

Menurut bekas Duta Britain ke Libya, Peter Millett, apa yang berlaku adalah dua perkara utama iaitu antara rakyat yang mahukan pilihan raya dan ahli politik elit yang menolaknya.

Malah lebih 2 juta daripada 7 juta rakyat Libya telah mendapatkan kad sebagai pengundi sekaligus menunjukkan keinginan mereka untuk memlilih pemimpin pada Disember lepas. -AFP

Media Baharu