fb fb fb fb fb

Dua pemuda Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Tebing Barat

Foto WAFA

TULKAREM, 8 Februari- Dua pemuda Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Kem Pelarian Nur Shams di bandar Tulkarem, Tebing Barat, semalam.

Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), Kementerian Kesihatan berkata kedua-dua mangsa dikenali Zeyad Ali Daama, 39, dan Islam Ibrahim al-Ali, 36.

Israel dikatakan telah mengepung kediaman mangsa di kem berkenaan sebelum memusnahkannya menggunakan jentolak.

Israel turut menggunakan peluru berpandu untuk membedil kediaman mangsa. 

Pasukan penyelamat berjaya memindahkan mayat kedua-dua mangsa selepas pengunduran Israel di kem berkenaan.



NIZAHA BINTI ABDUL KAREM