fb fb fb fb fb

China pertimbang rundingan maritim dengan Australia

Lin Jian/REUTERS

BEIJING, 21 Mac- China sedang mempertimbangkan untuk mengadakan rundingan maritim dengan Australia, kata jurucakap Kementerian Luar Lin Jian.

Isu maritim menjadi topik hangat antara China dan Australia berikutan China mahu menuntut keseluruhan laluan air yang bertindih dengan banyak negara Asia Tenggara itu.

Menteri Luar China Wang Yi dalam lawatan ke Australia dalam hari terakhir telah bertemu rakan sejawatannya dan pemimpin lain untuk membincangkan isu perdagangan dan perbezaan mengenai keselamatan serantau.

"Kedua-dua pihak bersetuju untuk memulihkan dan mewujudkan dialog dalam pelbagai bidang," kata Lin Jian. Perkara itu bagi menjawab pertanyaan berkenaan hasil lawatan berkenaan.

Kedua-dua negara juga sedang mempertimbangkan untuk mengadakan perbincangan mengenai isu maritim.

Bidang lain turut diteliti untuk menggalakkan kerjasama termasuk diplomasi, perdagangan, teknologi, pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang, tambahnya.

Perdana Menteri Anthony Albanese amat prihatin terhadap isu yang timbul berkaitan Laut China Selatan.

Pada November, Australia turut mengkritik China menempatkan tentera laut yang dianggap "tidak selamat dan tidak profesional."

Dalam satu kenyataan bersama bulan ini, Australia dan kumpulan serantau ASEAN berkata semua negara harus mengelak daripada tindakan unilateral di Laut China Selatan yang membahayakan keamanan, keselamatan dan kestabilan di kawasan yang dipertikaikan.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI