LA PAZ, 1 November- Kerajaan Bolivia mengisytiharkan pemutusan hubungan diplomatiknya dengan Israel, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Kementerian Luar negara itu memaklumkan, langkah tersebut dibuat sebagai protes terhadap tindakan Israel yang melakukan jenayah kemanusiaan dalam serangannya ke atas Gaza.
Menterinya, Maria Nela Prada turut mengumumkan negara itu akan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah konflik berkenaan.
Sebelum ini, Bolivia pernah memutuskan hubungan diplomatik dengan pihak penjajah tersebut pada tahun 2009 atas alasan sama, sebelum menyambung semula hubungan pada 2020.