fb fb fb fb fb

Bakar Al-Quran, bukti jelas mentaliti kebencian negara barat terhadap Islam

TURKIYE, 31 Januari - Negara Barat perlu menghentikan penghinaan terhadap mana-mana kitab suci, termasuklah Al-Quran.

Speaker Parlimen Turkiye, Mustafa Sentop berkata, perbuatan itu telah menunjukkan “mentaliti kebencian” Barat yang tidak menghormati kepercayaan dan juga agama dianuti masyarakat dunia lain.


(Foto Reuters)

Sentop berkata demikian selepas ahli politik Denmark-Sweden, Rasmus Paludan membakar senaskhah al-Quran di hadapan sebuah masjid di Denmark, Jumaat lalu

Dalam kejadian itu, Paludan berkata dia akan membakar kitab suci umat Islam setiap hari Jumaat sehingga Sweden dimasukkan ke dalam pakatan NATO.

Sebelum ini, Ketua kumpulan Islamofobia, Pegida Edwin Wagensveld turut membakar al-Quran di The Hague pada 22 Januari yang mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Kata Sentop, di sebalik semua itu, umat Islam wajib mengamalkan sikap berwaspada, bersederhana, rasional dan bermaruah.

Umat Islam tegasnya, tidak boleh meninggalkan prinsip menghormati perbezaan yang diajar oleh agama dan tamadun yang menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran. -REUTERS

Artikel berkaitan
Malaysia edar satu juta al-Quran, tindak balas terhadap insiden bakar al-Quran di Sweden
Erdogan beri amaran kepada Sweden mengenai NATO susulan insiden bakar Al-Quran
Dunia mengecam pembakaran Al-Quran di Sweden
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya tindakan provokasi pembakaran Al-Quran di Sweden
Bakar Al-Quran, protes diadakan di Turkiye

Media Baharu