fb fb fb fb fb

Hamas sedia laksana gencatan senjata tanpa syarat baharu

Foto AFP

EGYPT, 12 September- Kumpulan pejuang Hamas mengulangi kesediaannya untuk melaksanakan gencatan senjata segera di Gaza, tanpa syarat baharu daripada mana-mana pihak.

Gerakan pejuang Palestin itu dalam kenyataan memaklumkan, pasukan perunding yang diketuai Khalil al-Hayya telah menemui wakil perantara termasuk Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dan Ketua Perisikan Mesir, Abbas Kamel di Doha bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza.

Setakat ini, rundingan masih gagal menamatkan perang yang berlarutan selama 11 bulan. Isu yang berlarutan termasuk kawalan Koridor Philadelphi, kawasan sempadan Gaza dengan Mesir.

Sabtu lalu, Ketua Perunding Amerika Syarikat William Burns memberitahu, cadangan gencatan senjata yang lebih terperinci akan dibuat dalam beberapa hari akan datang.

Cadangan sebelum ini yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jun berkenaan gencatan senjata tiga fasa sebagai balasan kepada pembebasan tebusan Israel.

Dalam pada itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan Israel setakat ini telah membunuh sekurang-kurangnya 41,084 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 95,000 orang.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN