fb fb fb fb fb

Taufan Kalmaegi landa Vietnam, ribuan dipindahkan

Foto AFP

VIETNAM, 6 November – Taufan Kalmaegi melanda kawasan tengah Vietnam pada Khamis, menjejaskan ribuan penduduk yang dipindahkan dari zon bahaya.

Taufan tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 140 orang di Filipina, manakala 127 lagi hilang akibat banjir meluas.

Menurut Kementerian Alam Sekitar, Kalmaegi membawa angin sehingga 149 kilometer/jam dengan ribut kencang, merosakkan bangunan dan infrastruktur.

Lebih 7,000 orang telah dipindahkan dari Gia Lai, termasuk orang tua dan kanak-kanak yang berlindung di sekolah-sekolah dengan tikar, bantal dan selimut.

Sementara itu, Presiden Ferdinand Marcos mengisytiharkan "keadaan bencana nasional", membolehkan kerajaan memperuntukkan dana bantuan dan menetapkan harga keperluan asas, sementara lebih 500,000 orang masih dipindahkan.

Sekolah ditutup di beberapa wilayah Vietnam dan sekurang-kurangnya lima lapangan terbang dihentikan operasi, manakala puluhan penerbangan diubah laluan.-AFP

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN