fb fb fb fb fb

Arab Saudi berdepan cuaca tidak menentu

(Foto AFP)

SAUDI, 31 Januari - Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) Arab Saudi meramalkan kebanyakan kawasan di Arab Saudi akan mengalami suhu dan cuaca yang tidak menentu hingga Jumaat depan.

Mulai Isnin hingga Ahad, daerah Tabuk, Al-Jouf, bahagian utara sempadan Saudi, Hail, Al-Qassim, Riyadh, Al-Sharqiyah selain beberapa kawasan di Makkah dan Madinah akan mengalami tiupan angin berdebu.


(Foto AFP)

Keadaan itu mungkin membawa kepada ribut pasir yang menyebabkan kurang atau hampir sifar daya penglihatan serta ombak laut yang tinggi.

Ribut petir sederhana hingga teruk dijangka berlaku dari Isnin hingga Rabu di Tabuk, bahagian utara sempadan Saudi dan Al-Jouf.

Mulai Khamis hingga Rabu pula, ribut petir sederhana hingga berbahaya diramalkan di Hail, Al-Qassim, Al-Sharqiyah dan Madinah. Keadaan itu akan disusuli hujan batu dan hujan lebat.

Manakala Riyadh, Al-Sharqiyah, termasuk Al-Khobar dan Dammam, Dhahran, Al-Ahsaa, Makkah, termasuk Jeddah, Taif dan Rabigh akan mengalami ribut petir biasa hingga sederhana

Salji turut diramalkan turun di kawasan tanah tinggi Tabuk pada Rabu dan Khamis. -AFP

Media Baharu