fb fb fb fb fb

Kekurangan zat makanan orang asli Amazon, bekalan ubat giat dijalankan

(Syot layar helikopter tentera udara ke wilayah penempatan kaum Yanomami di Amazon,Brazil/AFP)

ALTO ALEGRE, 30 Januari - Penghantaran bantuan bekalan perubatan terus giat dilakukan menggunakan helikopter tentera udara ke wilayah penempatan kaum Yanomami.

Ia bagi membantu masyarakat orang asli yang menetap di kawasan Amazon, Brazil khususnya kanak-kanak dari suku Yanomami menderita pneumonia akibat kekurangan zat makanan, sementara anak yang lainnya terkena malaria.

Pada tahun lepas 99 kanak-kanak berusia bawah 5 tahun maut kerana kekeurangan zat makanan, pneumonia dan malaria.

(Syot layar helikopter tentera udara ke wilayah penempatan kaum Yanomami di Amazon,Brazil/AFP)

Siasatan turut dilakukan punca kematian mereka adakah di sebabkan berlakunya pengabaian atau kekurangan akses kesihatan oleh kerajaan sebelum ini iaitu pimpinan bekas Presiden, Jair Bolsonaro. - AFP

Media Baharu