fb fb fb fb fb

Hanya 11.3% keluar mengundi pusingan ke-2 pilihan raya Parlimen Tunisia

(Sebuah pusat pengundian kosong di Ariana semasa pusingan kedua pilihan raya parlimen semalam/FOTO REUTERS)

TUNIS, 30 Januari - Hanya 11.3 peratus keluar mengundi direkodkan pada pusingan kedua pilihan raya parlimen Tunisia.

Menurut Ketua Lembaga Pilihanraya Farouk Bouasker; peratusan melibatkan 887,638,000 pengundi daripada 7.8 juta pengundi berdaftar.

Peratusan keluar mengundi yang rendah hampir sama dengan pusingan pertama itu susulan tindakan boikot besar-besaran yang tercetus sejak pada Disember lepas sekali gus menuntut Presiden Kais Saied berundur.

Lebih 10, 000 peti undi di tempatkan di 4, 222 pusat mengundi dengan menampilkan 262 calon termasuk 34 calon wanita merebut 131 kerusi.

Pada pusingan pertama pada Disember tahun lalu juga merekodkan peratusan keluar mengundi juga rendah iaitu sebanyak 11.2 peratus.

"Hari ini rakyat Tunisia mengeluarkan keputusan muktamad menolak proses dan pilihan raya Kais Saied," kata Nejib Chebbi, ketua pakatan pembangkang utama, Barisan Keselamatan, pada sidang akhbar.

(Seorang wanita Tunisia bersiap sedia untuk membuang undinya semasa
pusingan kedua pilihan raya parlimen di sebuah pusat mengundi di Ariana/FOTO REUTERS)

Suruhanjaya pilihan raya berkata, pusingan itu akan diadakan di kebanyakan wilayah Tunisia selepas hanya 21 calon memperoleh kemenangan dalam pusingan pertama pilihan raya Parlimen.

Di bawah perlembagaan baharu yang digubal oleh Saied, Parlimen baharu akan mempunyai kuasa yang sangat terhad.

Pilihan raya itu adalah sebahagian daripada siri perubahan politik yang dibuat Saied selepas beliau membubarkan Parlimen sebelumnya, satu tindakan yang didakwa pengkritiknya sebagai satu rampasan kuasa. - REUTERS

Media Baharu