fb fb fb fb fb

India: Menteri kesihatan Odisha maut ditembak polis sakit mental

NEW DELHI, 30 Januari - Seorang menteri di negeri Odisha timur India maut selepas ditembak sekurang-kurangnya empat das oleh seorang pegawai polis.

Menteri Kesihatan Odisha, Naba Kishore Das, 60, dilaporkan meninggal dunia di hospital beberapa jam selepas kejadian yang berlaku di bandar Brajrajnagar dalam daerah Jharsuguda pada Ahad.

Ketika kejadian, Naba Das diserang oleh penolong subinspektor yang dikenal pasti sebagai Gopas Das ketika dia keluar dari kenderaannya untuk menghadiri program tempatan.  



Media tempatan melaporkan bahawa anggota polis itu dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental.

Bagaimanapun, punca suspek melepaskan tembakan ke arah menteri itu masih belum dapat dipastikan. - REUTERS

Media Baharu