TEHRAN, 27 Mei- Amaran ribut pasir dikeluarkan di merata rantau Asia Barat, sepanjang minggu ini.
Ia melibatkan negara-negara seperti Iran, Arab Saudi Iraq, Syria dan Arab Saudi.
Di Iran, banyak sekolah dan pejabat pemerintah ditutup dengan pihak berkuasa menyeru orang ramai agar kekal di rumah disebabkan kadar pencemaran udara yang berbahaya untuk semua golongan usia.
Ibu kota Tehran dikategorikan antara bandar yang paling tercemar di dunia.
(Foto fail /AFP)
Keadaan diburukkan lagi oleh ribut pasir yang berasal dari Iraq dan Syria.
Sementara itu di Arab Saudi, jabatan kaji cuaca juga mengeluarkan amaran tentang ribut pasir di ibu kota Riyadh, selain di bandar-bandar Madinah, Yanbu dan Al-Ula.
Bulan ini saja, seribu 200 orang dirawat di hospital-hospital Saudi, akibat sesak nafas.
Ribut pasir turut menjejas Iraq, Syria dan Kuwait sejak sebulan lalu.
Satu kematian akibat ribut pasir turut dilaporkan di Iraq manakala tiga orang juga maut di Syria. -AFP