fb fb fb fb fb

Arab Saudi, UAE, Qatar sambut Aidilfitri hari ini

Umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri/Foto fail Reuters

KUALA LUMPUR, 10 April - Umat Islam di Arab Saudi dan negara-negara di Asia Barat turut merayakan Aidilfitri hari ini seperti negara-negara Asia di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Meskipun Ramadan di tanah Arab bermula sehari lebih awal, bermakna, lengkap 30 hari mereka menyambut bulan suci itu.

Penentuan dibuat memandangkan anak bulan Syawal tidak kelihatan sepanjang tempoh cerapan malam semalam di Arab Saudi, seperti yang dilaporkan agensi-agensi berita di Asia Barat.

Selain Arab Saudi, negara-negara Teluk seperti Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar juga menyambut satu Syawal pada Rabu.

Namun sambutan Aidilfitri kali ini terasa hambar bagi umat Islam di seluruh dunia apabila mengenangkan situasi yang sedang berlaku di Gaza.

Di Jordon misalnya, bantahan terhadap Israel pada sepanjang Ramadan akan dilanjutkan pada bulan Syawal, ia sebagai lambang perpaduan dan solidariti bersama penduduk Palestin di bumi Gaza.

Mahkamah Agung Arab Saudi juga mengumumkan semalam sebagai hari terakhir Ramadan.

Solat sunat Aidilfitri akan diadakan di seluruh negara di Arab Saudi sejurus selepas matahari terbenam manakala persiapan menyeluruh dibuat bagi jemaah untuk solat Raya tahunan mereka.

GRACE AISYAH KEDAYAN