KAHERAH, 5 Mei - Ribut pasir luar biasa melanda wilayah Al-Qassim di Arab Saudi menyebabkan sebahagian besar kawasannya diselubungi debu tebal.
Ribut pasir itu turut menyebabkan penglihatan menjadi kabur serta beberapa daerah pentadbiran di kawasan berkenaan.
Fenomena itu turut disertai angin kencang yang mencetuskan cuaca seakan malam pada waktu siang serta menyebabkan pokok-pokok tumbang.
Menurut laporan, dinding debu yang terbentuk akibat ribut itu dianggarkan setinggi antara 300 hingga 1,500 meter, malah ada yang melebihi 2,000 meter.
Pusat Meteorologi Nasional Arab Saudi (NCM) sebelum ini mengeluarkan amaran bahawa beberapa kawasan di Al-Qassim akan terjejas akibat tiupan angin kencang. - AFP