fb fb fb fb fb

Taufan Yagi: Korban banjir di Myanmar meningkat 293 orang

Penduduk terjejas akibat banjir menunggu ketibaan bot penyelamat di Taungoo, wilayah Bago, Myanmar pada 14 September 2024, selepas hujan lebat susulan Taufan Yagi/AFP

YANGON, 20 September- Angka korban di Myanmar akibat Taufan Yagi telah meningkat kepada 293 orang dengan 89 orang masih hilang, setakat semalam.

Dalam pada itu, hampir 270,000 hektar (lebih 660,000 ekar) sawah padi serta tanaman lain telah ditenggelami air dan lebih 100,000 haiwan ternakan mati.

Terdahulu, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran bahawa seramai 630,000 orang mungkin memerlukan bantuan di Myanmar selepas Taufan Yagi.

Hujung minggu lalu, junta mengeluarkan rayuan luar biasa untuk bantuan asing bagi menangani bencana terbabit.

Pada Rabu, sebuah kapal tentera laut India menghantar bantuan termasuk makanan kering, pakaian, ubat-ubatan dan khemah di pelabuhan Thilawa di sini.

Ketua junta, Min Aung Hlaing turut "mengarah semua pihak melaksanakan tugas pemulihan bagi kembali kepada keadaan normal dalam tempoh enam bulan," lapor agensi berita Global New Light of Myanmar.

Yagi melanda utara Vietnam, Laos, Thailand dan Myanmar lebih seminggu lalu menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang meragut 613 nyawa di seluruh rantau itu.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA