KABUL, 16 Jun- Pemimpin Agung kerajaan sementara Afghanistan, Hibatullah Akhundzada telah mengampunkan 349 banduan sebelum Aidiladha, seperti yang diumumkan oleh Mahkamah Agung negara itu pada Sabtu.
Menurut kenyataan berkenaan, tambahan seramai 279 banduan lagi dikecualikan daripada baki hukuman penjara mereka, lapor Xinhua.
Aidiladha, perayaan agama tahunan terbesar di Afghanistan, akan disambut dari Isnin hingga Rabu. -BERNAMA-XINHUA